Rabu, 18 Mei 2011

Pasar malam

Assalamualaikum..

Petang tadi en.mofai ajak pegi pasar malam..

Dalam perkiraan....hari ni...negeri mana ada pasar malam...

Ha..Bandar Baru Kedah..

Sekarang musim buah mempelam, sekilo dalam 3-5 ringgit aje..

en.mofai memang suka makan mempelam...

Tak sampai setengah jam pegi pasar malam ,sebelum maghrib kami sampai rumah..

Kalau malam minggu kami sekeluarga selalunya makan kat luar, selalunya makan kat Penang..

Permatang Tok Mahat, Penang...kat sini banyak kedai makan..yg paling kami asuka ialah Bamboo Inn..

Cepat dan sedap...lepas maghrib mesti keluar sbb ramai org nanti tak ada tempat duduk...

Kami dah la ramai..

Inilah istimewanya duduk Parit Buntar...berjiran dengan 2 negeri..kedah dan penang..

Tak sampai setengah jam dah boleh pergi 2 negeri...

Siapa tak pernah datang....jemputlah kesini.

.

.

1 ulasan:

  1. Elok le tu. Hangpa mai Kedah, IM dan ibu_suri pi makan kat Kedah.

    Kami suka makan kat kedai tomyam tak jauh dari Sekolah Islah, Tikam batu.

    BalasPadam