Powered By Blogger

Khamis, 24 November 2011

Warkah 3

Assalamualaikum..

Syukur ....
kita masih selesa dalam lindungan Allah yang Esa

Hari ni teringat nak masak sesuatu
puas menung apa nak masak
akhirnya teringat nak masak sesuatu yang
tidak pernah dicuba...
Wadai kepeng....satu manisan warisan
keturunan banjar....
dalam rumah ni kita je yang bukan banjarian
tapi kita kahwin dengan kulaan
anak-anak kita jadi banjarian

Wadai kepeng ni memang sedap
en. mofai memang peminat no. satu
diwarisi oleh anak sulung kita
sementara dia balik bercuti ni
saja-saja kita mencuba ....dalam hati
Ya Allah...kau mudah kan urusan ku ni

resepinya mudah sangat
tepung pulut...gula merah...santan dan sedikit
gula putih...
Inilah hasilnya...



                                                 sepiring wadai kepeng...
Hidangan ini sangat manis
kalau tak manis tepung pulut tu jadi tak sedap
pertama kali mencubanya ...terlajak manis pulak
kita memang kalah dengan manis ni..
walaupun sedap tapi tak berani makan banyak

Tadi baca status FB en.mofai dan anak sulung
dua-dua cerita pasal wadai kepeng
bererti mereka menyukainya..
terima kasih...anda berdua menghargai sesuatu
yang mama hasilkan dengan kasih sayang
Terima kasih Tuhan...kau anugerahkan kepandaian
dan semangat untuk mencuba pada ku...

Jumpa lagi di lain lembaran....Wassalam.

Sabtu, 5 November 2011

Warkah 2

Assalamualaikum..

Dengan izin dari Nya dapat lagi menulis disini
Sebetulnya rindu ingin menulis tapi
siapalah nak baca gurindam ni setiap hari
dari itu biarlah warkah ini hadir sebulan sekali

Hari ini 9 zulhijjah 1432 Hijrah
bermakna esok hari raya haji
tahun ni seronok buat kuih raya sebab tempahan
baju tak banyak...ada saja resepi nak dicuba
sampaikan putu kacangpun jadi mangsa
tapi yang lekehnya...ia tak mahu keras...
jemur tetap jemur walaupun hujan
...bila hujan angkatlah....kalau tidak jadi
air putu kacang..

Tak mengapa...ini cubaan pertama..
kalau tak ada masalah bukan belajar namanya
kita belajar dari pengalaman...he..he
tapi siapalah nak makan putu kacang
yang tak menjadi tu...ada dua talam...
ini lagi masalah...nak bagi jiran tak patut sangat
kuih tak jadi sibuk nak sedekah...
pesan ustaz...sedekahlah apa yang kita sayang..

Tahun ni Jalan Anggerik sibuk lagi di hari raya haji
Dalam perancangan kami akan mengobankan
dua ekor lembu...aqiqah dan korban
tahun ni kami tak kumpul duit sikit-sikit
macam tahun lepas....penat bendahari ..
Hasil muafakat insya-Allah kami akan
mengadakan kenduri di hari raya kedua...
Siapa yang berdekatan dengan lokasi kami
jemputlah hadir ....tanda kesyukuran kami
pada Allah yang Esa....


Tempahan kek coklat kukus....raya puasa ari tu...bisnes kecil-kecilan


Sebelum terlambat...sama-sama kita renungi
pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
sempena Hari Raya Korban ini
kita berkorban sesuai dengan suasana semasa
semoga pengorbanan kita untuk keluarga, tetangga
masyarakat dan seluruhnya dalam rahmat Allah yang Esa

Jumpa lagi.
Wassalam.