Selasa, 6 Mac 2012

Hari Gaji

Assalamualikum...

Sebelum dapat.....
1.  Nak bagi kat mama....RM..em em em
2, Bagi kat adik-adik   RM em em em
3. Pencuci muka....shampoo berjenama...ubat gigi berherba
4. Kasut baru
5. Top up RM30...senang nak sms
6. Maskara kalis air...
7. Dan macam-macam...

Setelah dapat...
1. Mama tentu tak mau...dia banyak duit
2. Depa ni bagi sikit sorang dah la...asal bagi je
3. List ni mama yang selalu beli
4. Yang lama elok lagi
5. RM 10 pun cukup..
6. Tak ada pun ....orang bukan perasan
7. Sambil mengira baki yang masih banyak

Kita kah itu....
Fikir-fikirkan

Jumpa lagi
Wassalam.

Jumaat, 2 Mac 2012

Hikmah Sakit

Assalamualaikum ....

Sila angkat tangan ada sesiapa mahu jatuh sakit????
Sah sah orang angkat tangan tu memang sudah sakit mental
Semua orang hendak sihat sampai mati...
Kalau boleh minta dijauhkan lah sebarang jenis penyakit
Untuk diri sendiri dan keluarga...
Tetapi rahsia Tuhan tiada siapa yang tahu
Hari ini kita sihat esok tiba-tiba sakit adalah diluar
jangkauan kita....

Sebenarnya SIHAT adalah ujian Allah pada hambanya
Diwaktu sihat ini banyakkah kita memuji Allah
Banyakkah tasbih kita padaNYa..
Ingatkah kita selalu padaNYa
Sembahyang apatah lagi....adakah setiap masuk waktu...
Allahhu Akhbar......

Jiran setaman kita baru sahaja kena strok..
Selalunya bacaan darahnya rendah..
tiba-tiba boleh tinggi sampa 200+++
Oleh sebab itu pembuluh darah dalam otak sudah pecah
Darah berkumpul dalam otak...
Tidak tahulah macam mana perkembangan nya sekarang
Doa kita semoga Tuhan permudahkan segala urusan mereka

Hari ini kita baru saja boleh angkat tangan kanan
Nak pakai tudung pun terkial-kial
Sebenarnya kita jatuh moto...
Kalah minah rempit....ha..ha..ha
Dah tiga hari....tiap-tiap malam urut dengan minyak mestika
Alhamdulilah ada kemajuan..
Sesungguhnya Tuhan tidak jadikan sesuatu perkara itu walaupun kecil
dengan sia-sia....


Jumpa lagi 
Wassallam