Powered By Blogger

Khamis, 14 Jun 2012

Darjah kepanasan

Assalamualaikum...

Bercerita pasal panas...masih panas lagi
Berhampiran Slim Village ada sebuah kampung
namanya kampung Ulu Slim
semasa sekolah menengah dulu ramai juga kawan
kita dari kampung ni...sekarang ni dah hilang entah kemana??
Kampung ni ada satu keistimewaannya...
Iaitu kolam air panas....
Selepas kita orang mandi manda kat Sungai Bill
Kami pun terus ke sana...

                                          Amaran dari pihak majlis...suhu adalah104C




Mata air panas keluar dari bumi dengan mengelegak...selalu mengelegak atas api dapur saja

Sudah lama sangat kita tidak kesini
Sesekali datang ianya amat menyeronokkan

                               Pandangan sebenar kolam air panas ini...

Andai punya masa lain kali nak bawa bekalan telur ayam pula
mesti seronok main masak-masak rebus telur disini


Jumpa lagi
Wassalam

Rabu, 13 Jun 2012

Assalamualaikum...

Parit Buntar adalah sangat panas....
Air dalam bilik air pun suam...
Lepas keluar bilik mandi pasti badan berpeluh semula
Kat sini selalunya awal tahun saja jadi macam ni
tahun ni ia datang agak lewat....bulan 6 pulak dah..
Rasanya dah hampir dua minggu hujan tak turun
Selera makan pun agak kurang...dah asyik minum je
mana ada selera nak makan...

Time ni orang yang paling seronok mestilah orang jual air kann
cepat je air jualan depa habis
untung lipat kali ganda pulak tu
Teringat kat anak saudara Adik B
Dia kalau order minuman mesti nak air Sirap merah
Selalunya air sirap ni zaman orang kenduri dulu-dulu je
sekarang bermacam-macam colour ada
Ikut thema pulak tu....


   Inilah Adik B...di Sungai Bill...Slim Village

Tengok gambar ni....
alangkah seronoknya kalau sungai tu ada depan rumah kita
dengar bunyi deruan air sepanjang masa
Masa cuaca panas ni..kena tengok gambar ni selalu...
sejuk mata sejuk hati...dan bayangkan kita pulak
duduk dalam air yang sejuk macam air ais ituuuuu...

Seronoknyaaa....

Sebenarnya gambar ni masa kita balik Slim River
bulan tiga cuti sekolah hari tu
Sungai Bill ni memang tempat perkelahan utama kami
Dari pekan Slim lebih kurang 30 minit je
Kami pergi bukan hujung minggu jadi tak ada orang
Tempat ni juga adalah kampung halaman wartawan Mazidul Akmal Sidik
Dia juga adalah rakan sekolah kita

Panas dah ni...
Minum air carrot susu sedap ni..

Wassallam
Jumpa lagi...