Sabtu, 12 Januari 2013

Laaaa...dah tahun baru...

Assalamualaikummm...

Hari ni kita pergi Gopeng..
tengok anak no. 2 kita kat Matriks
Dah dua minggu dia tak balik jadi  ada masa kita
pergilah...sampai sana dia tak turun lagi
kita nak pergi tandas la kejap..
kita pun masuk dan jumpa dua tiga budak situ
tanya lah kat depa kat mana jln pergi tandas
Budak no.2 tu duduk kat tingkat 4
tentu lambat lagi dia nak turun
Kita pun lalulah kat koridor tu...
sambil-sambil tu tengok kat atas...
Tiba-tiba tertengok ....baju anak no.2 tu bersidai kat depan
bilik dia...Ya Allah
lepas segala rindu rasanya...sambil berjalan tu kita
asyik pandang atas....

Lari tajuklah pulak...
Hari ni baru boleh taip karangan baru...
karangan di tahun baru....

Lain kali kita buat karangan pasal tahun baru pulak..

Sampai jumpa lagi
Wassallam





Tiada ulasan:

Catat Ulasan