Rabu, 13 Jun 2012

Assalamualaikum...

Parit Buntar adalah sangat panas....
Air dalam bilik air pun suam...
Lepas keluar bilik mandi pasti badan berpeluh semula
Kat sini selalunya awal tahun saja jadi macam ni
tahun ni ia datang agak lewat....bulan 6 pulak dah..
Rasanya dah hampir dua minggu hujan tak turun
Selera makan pun agak kurang...dah asyik minum je
mana ada selera nak makan...

Time ni orang yang paling seronok mestilah orang jual air kann
cepat je air jualan depa habis
untung lipat kali ganda pulak tu
Teringat kat anak saudara Adik B
Dia kalau order minuman mesti nak air Sirap merah
Selalunya air sirap ni zaman orang kenduri dulu-dulu je
sekarang bermacam-macam colour ada
Ikut thema pulak tu....


   Inilah Adik B...di Sungai Bill...Slim Village

Tengok gambar ni....
alangkah seronoknya kalau sungai tu ada depan rumah kita
dengar bunyi deruan air sepanjang masa
Masa cuaca panas ni..kena tengok gambar ni selalu...
sejuk mata sejuk hati...dan bayangkan kita pulak
duduk dalam air yang sejuk macam air ais ituuuuu...

Seronoknyaaa....

Sebenarnya gambar ni masa kita balik Slim River
bulan tiga cuti sekolah hari tu
Sungai Bill ni memang tempat perkelahan utama kami
Dari pekan Slim lebih kurang 30 minit je
Kami pergi bukan hujung minggu jadi tak ada orang
Tempat ni juga adalah kampung halaman wartawan Mazidul Akmal Sidik
Dia juga adalah rakan sekolah kita

Panas dah ni...
Minum air carrot susu sedap ni..

Wassallam
Jumpa lagi...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan