Powered By Blogger

Jumaat, 2 Mac 2012

Hikmah Sakit

Assalamualaikum ....

Sila angkat tangan ada sesiapa mahu jatuh sakit????
Sah sah orang angkat tangan tu memang sudah sakit mental
Semua orang hendak sihat sampai mati...
Kalau boleh minta dijauhkan lah sebarang jenis penyakit
Untuk diri sendiri dan keluarga...
Tetapi rahsia Tuhan tiada siapa yang tahu
Hari ini kita sihat esok tiba-tiba sakit adalah diluar
jangkauan kita....

Sebenarnya SIHAT adalah ujian Allah pada hambanya
Diwaktu sihat ini banyakkah kita memuji Allah
Banyakkah tasbih kita padaNYa..
Ingatkah kita selalu padaNYa
Sembahyang apatah lagi....adakah setiap masuk waktu...
Allahhu Akhbar......

Jiran setaman kita baru sahaja kena strok..
Selalunya bacaan darahnya rendah..
tiba-tiba boleh tinggi sampa 200+++
Oleh sebab itu pembuluh darah dalam otak sudah pecah
Darah berkumpul dalam otak...
Tidak tahulah macam mana perkembangan nya sekarang
Doa kita semoga Tuhan permudahkan segala urusan mereka

Hari ini kita baru saja boleh angkat tangan kanan
Nak pakai tudung pun terkial-kial
Sebenarnya kita jatuh moto...
Kalah minah rempit....ha..ha..ha
Dah tiga hari....tiap-tiap malam urut dengan minyak mestika
Alhamdulilah ada kemajuan..
Sesungguhnya Tuhan tidak jadikan sesuatu perkara itu walaupun kecil
dengan sia-sia....


Jumpa lagi 
Wassallam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan