Powered By Blogger

Selasa, 20 September 2011

Warkah 1.

Assalamualikum...

Buat anak-anak ku...

Hendaknya kamu semua dalam lindungan dan rahmat  Allah selalu.

Pasar Parit Buntar adalah destinasi awal pagi hari ni, barang dapur , sayur banyak

yang sudah habis. Pagi ni adalah tugasan utk memenuhkan bekalan makanan utk seminggu.

Bagaimana pula bekalan untuk akhirat

Lepas maghrib disurau kita ada ceramah tentang Penghayatan Qurban...oleh

Ustaz Zuhdi...ustaz ni selalu jadi imam terawih..tapi tahun ni dia ada tugasan di tempat

lain...Antara lain wasiat nabi (SAW) kepada umatnya ialah

1.  Jangan tinggalkan solat witir sebelum tidur

2. Jangan tinggalkan solat dhuha...sesungguhnya solat ni sangat digemari oleh
orang yang menuju taubat.

3. Puasa 3 hari setiap datangnya bulan islam.

Minggu ni Jalan Anggerik agak sibuk., ada majlis kenduri kahwin jiran kami.

Hari khamis adalah acara membuat wajik, jumaat merebus telur dan petangnya acara

membuat kuah laksa...hari langsungnya hari sabtu.

Moga dipanjangkan Allah umur kita dan dapat menulis lagi disini...

Wassalam.

1 ulasan: